Sunday, June 28, 2009

PONY RIDE


Now everyone can ride a pony, everyone can become a cowboy or red indian.

Kami meyediakan perkhidmatan tunggangan kuda bagi majlis kanak-kanak, parti harijadi dan sebagainya. Majlis anda akan jadi paling glamer dan akan diingati selama-lamanya. Semua worang akan jeles tapi nak jadi kawan baik anda untuk tumpang glamer. Impian kanak-kanak untuk menjadi koboi atau red indian akan tercapai.


He he he.. OK begini ongkosnya:


1. Upah sewaan lori - RM100

2. Upah minyak dan tol - Bergantung kepada lokasi (Sekitar Pulau Pinang percumalah)

3. Bergantung kepada jangkamasa tunggangan / majlis - RM100 setiap jam


Pakej tunggangan meliputi:

1. Seekor kuda kecil untuk tunggangan solo

2. Sebuah kereta kuda bersama kuda dewasa untuk tunggangan beramai-ramai

3. Seorang jockey kereta kuda yang boleh tahan hensem

4. Seorang penarik kuda untuk tunggangan solo


atau..

Kalau anda ada event besar-besaran silalah jemput kami untuk memeriahkan majlis. Kami akan datang secara percuma tapi kami akan caj tunggangan RM3 setiap seorang.

Sunday, May 31, 2009

Kuda Ku Lari..



Setelah sekian lama menganggur dan mengabihkan boreh, Encik kuda berjaya mendapat kerja tetap. Beliau kini bekerja di pusat renang Seberang Jaya. Walaupon tak dapat kerja pegawai pakai tali leher namun tetap OK sebab boleh ushar aweks mandi pakai bikini. Ini lah kelebihan beliau yang tidak memilih jenis kerja, asalkan boleh, jalannn...



Acara kawad sebelum masuk kerja.

Bos yang tegas dan garang macam ashkar.

Sunday, May 24, 2009

Seranggoon, Singapore, Jln2 tengok Binatang.




Hajat hati nak tangkap arnab kat Singapore. Jadi pegi lah kat Seranggoon North Ave 1 sebab kat situ kira macam pasar lambak pet shops. Bersepah kedai pet shop kat satu kawasan. Malangnya arnab tak banyak pilihan. Yang banyak pilihan ialah burung, anjing dan ikan. Macam2 jenis adaa... tapi kedai burung kedekut tak kasik tangkap gambar. Tak per lain kali carik kat tempat lain sebab ada banyak lagi kawasan yang belum dinodai.


Wednesday, May 20, 2009

Polisi Jualan Haiwan Peliharaan

Semua bakal pembeli perlu membaca dan meneliti polisi jualan berikut bagi mengelak salah faham yang mungkin timbul di masa hadapan. Kami berpendapat adalah lebih elok berterus-terang di peringkat awal, daripada bersalah sangka di kemudian hari. Polisi ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2009.

1. Semua jualan adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan. Pihak kami memastikan kesemua haiwan adalah didalam keadaan sihat sepenuhnya sebelum dijual kepada pembeli. Namun jika keadaan kesihatan atau perlakuan haiwan tersebut merosot setelah jualan maka pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas perubahan tersebut. Perubahan tersebut boleh disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul oleh pembeli, perubahan persekitaran, pemakanan, tekanan dan sebagainya. Namun jika pihak pembeli dapat membuktikan melalui pengesahan pihak vet bahawa masalah haiwan berpunca dari pihak kami, kami sedia memulangkan kembali wang pembelian.

2. Jika pihak pembeli menghadapi masalah dengan haiwan dan berputus asa untuk memelihara haiwan tersebut, pihak kami sedia menerima kembali haiwan tersebut namun wang pembeli tidak akan dikembalikan.

3. Terdapat jenis-jenis haiwan yang hanya boleh dijual setelah mencapai had umur tertentu sahaja disebabkan proses tumbesaran yang memerlukan penjagaan yang rapi dan penyusuan susu ibu. Jika pihak pembeli berminat, maka pihak pembeli boleh menempah anak-anak haiwan tersebut disertakan setengah dari bayaran penuh sebagai jaminan tempahan.

4. Wang jaminan tempahan tidak akan dikembalikan. Namun jika berlaku kemalangan kepada haiwan tersebut semasa didalam penjagaan pihak kami, haiwan anda akan digantikan dengan haiwan yang lain yang sama tahap kualitinya. Tempoh penggantian bergantung kepada adanya haiwan gantian.

5. Pihak pembeli digalakkan mengambiltahu hal-ehwal berkaitan pemeliharaan haiwan yang hendak dipelihara bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari dan mungkin menyiksa haiwan peliharaan tersebut.

6. Selain dari yang tertera didalam polisi, segala masalah yang dihadapi boleh diselesaikan melalui perbincangan dan budi bicara.

Harap maklum,
msibfe.

Friday, May 15, 2009

Gejala sosial









TUNGGU.....

Serama A

Serama













Ahli-ahli politik dan penyokong parti msibfe semakin hari semakin bertambah berikutan presidentnya yang adil saksama dan bijaksana.Rakyat jelata yang dibawah naungan parti msibfe hidup dengan aman dan bahagia.Seperti yang anda lihat didalam gambar ini dato seri serama telah pun menyartai parti msibfe semalam.Beliau telah melompat dari parti breeder dan datin seri dari parti pet shop.Dengan kemasukkan dato dan datin seri ini kami yakin parti msibfe akan lebih mantop dan akan berjaya nanti..