Wednesday, March 25, 2009

male bob tail for sale









Alahaiii...... Dua tiga kucing belari,
Mana nak sama sikucing belang,
Kucingku ini bukan senang nak cari,
Bukan belang cuma ekor tak panjang. cewahhhhh!!!!
Tanam pisang rapat-rapat,
Agar puyuh tak dapat lari,
Ekor pendek bukannya cacat,
Terima saja ketentuan ilahi. humangaih....
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Warna kelabu tentulah jantan,
Ada siapa yang mahu???
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Murah saja mampu dibayar,
Siap boleh nego lagi.
Gunung daik bercabang tiga,
Anak kambing mati tertambat,
Harga murah RM450 sahaja,
Cepat-cepat jangan terlambat.
Untuk makluman kucing dua ekor kelabu ni berumur 5bulan jangan marah aaaaaaaaa....

Tuesday, March 24, 2009

open for sale












Fuuuyyoooooohhhh....awek cun ni beb,baru lepas SPM ni.Mendapat keputusan cemerlang dalam 18 matapelajaran.Oleh kerana kecemerlangan saudari kita ni maka dia telah diterima untuk melanjutkan pembelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran.Tapi yang sedihnya saya sebagai waris yang paling dekat tidak mampu menyediakan kelengkapan kolejnya.Al maklumlah saya ni cuma kerja ambil upah panjat kelapa je,mana la mampu nak beli barang-barang saudari kita ni.Jadi dengan itu terpaksalah saya mencari keluarga yang lebih baik dan berada bagi menampung kos pembelajarannya yang tinggi.Jadi harga saudari ni RM500(untuk proses menukarkan binti)masih bisa nego bah.


Monday, March 23, 2009

sold


Yang ni cek mek klate,kecek utaro dok panda royak klate jugok sey.Tapi yang ni dah jual dah kat abang saya sendiri la.Anak sedara saya tu menyibuk,orang nak bela dia pun nak bela tapi makanan tak reti beli sebat aku punya.Hai pening kepala den....

new cats for sale-sold









hai...sapa tak kenal sivaji the boss hero filem tamil ni la dia,hensem, tampan, kacak,dah banyak award yang dah dirangkol olehnya.Umur dia 4bulan lebih, kaler oren, jantan la jugak
yang ni pun.Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong,pujaan sang gadis zaman sekarang.Manja dan aktif serta romantik,mana nak carik dah la ni.Tapi satu ja kurang,tak semayang,pasai tu la yang saya nak jual ni.Kepada ustazah mahupun ustaz elok bebenor le amik die ni,ajor kan skit agame kat die ni.Harap rope je elok prangai ntah hape-hape.Hantor sekoloh pondok lari balik.Kepada mereka yang mempunyai daya keimanan yang tinggi dan berminat dengan savaji ni harga die RM600 (termasuk yuran sekolah pondok yang dia lari)tapi macam biasa la masih bisa nego k

Sunday, March 22, 2009

new cats for sale-sold




Hai...saya ingin memperkenalkan kecik ni nama dia rambo.Umur dia baru 3 bulan tapi dia ni sangat aktif suka memanjat dan belari macam john rambo.Dah nama rambo ni dah tentu la jantan ye tak?Dia ni nak kena jual sebab mision dia kat kampung ni dah settle so kitaorang nak hantar dia ke tempat yang baru bagi meyelesaikan misi-misi lain seperti cuci kandang kambing,basmi aedis dan gotong royong membersihkan kubur.Hui murni sungguh amalan si kecik ni kan.Ok kepada yang berminat harga rambo ni ialah RM450 tunaiiii.(padan la ngan keje-keje die ni)masih boleh nego k


Friday, March 20, 2009



haaa...ni spesis baru masuk,arnab baka aggora dan lop ear.Yang telinga jatuh tu lop ear dan yang bulu lebat tu anggora.Anggora dua ekor tu hari tu dah kena tangkap basah dan disahkan mengandung.Huh! buat malu mak bapak ja,tu nanti mula la nak buang anak la jual anak la gerenti punya la aci kerat jari la beb.Tak pecaya?????? ok,kita tengok lagi 2-3 bulan.Yang lop ear tu pulak kecik-kecik dah pandai cinta monyet,monyet pun tak cin macam diorang.UPSR pun tak amik lagi dah dating sana sini tu la gejala sosial yang belaku kat tempat kami.Kami panggil mastika,majalah3,metro tak pulak diaorang tu nak datang untuk mendedahkan gejala-gejala ni.Pelikkkkk.....

ThE FaMiLy



ish ish ish.....dok melepak ja keja depa ni.Ni la kucing yang dok melahirkan zuriat kat tempat kami.Yang putih tu adalah sang suami yang juga pengikut ayah pin kerajaan langit,sebab tu bini dia lima.Tu pun ada hati lagi dok habaq kat saya nak tambah lagi.Dia tak tau aku ni pun bini satu ja,ada kaaa patuuutt.....

Proses Make Over - Future sale-sold





Kami telah berjaya menyelamatkan seorang kucing yang huduh kerana tidak dijaga ketrampilannya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keadaan beliau agak menyedihkan kerana ada kurap, rambut mengerbang, mata kuyu dan sebagainya. Walaubagaimanapon kami telah menjalankan proses make over untuk menukarkan beliau kepada rupa paras yang pheewwiitt. Beliau telah dibawa ke doktor untuk proses suntikan cacing, kurap, fungus, antibiotik dan sebagainya. Seterus di beri makanan yang berzat dan mahal agar tumbesaran beliau menjadi lebih mantap. Proses ini masih berjalan dan hari ni dah masuk bulan kedua beliau didalam pemantauan kami. Nampaknya beliau dah semakin hensem dan dijangkakan tak lama lagi akan ada ramai peminat yang nak masyuk line. Haaa tu ler kerja kami.. jadi kepada sesiapa yang menganggap kami ni nak carik untung semata-mata, hangpa jangan dok buat leceh...
Tapi kepada siapa yang dah mula minat tuu.. tungguu ler dia ni hensem dan sihat sepenuhnya. Sebab kami hanya lepaskan kucing2 yang betul2 mantap jer, tapi buleh start book ler.

2 Ekor Hitam Manis







Semalam ada kawan kitorang yang nak pencen membela kucing. Jadik dia pon offer kat kitorang sapasang kembar kucing lelaki dan perempuan. Namun kembar hitam manis ni dengan rasminya telah mendapat keluarga yang baru tapi sempat transit kat rumah kami sekejap. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua.
Nota tambahan:
Pembeli minat kat kucing yang lain pulak jadi tak jadi ambik diorang ni, ambik yang lain. So diorang ni masih dibuka untuk jualan. Ok?





Tuesday, March 17, 2009

Member baru - For Sale RM150-sold

Hi u all. Been sometime since my last update on the blog. We have new additional member to the family. Cute kan? Tapi kitorang dah tak mampu nak menyara ni. Jadi sesapa yang berminat buleh la beli si kecik ni, nanti duit dia buleh kitorang pakai sara yang lain tu. Gitu lah adanya... mahai ooo nak bela kucing ni. Kitorang bela tak main2.. semua sihat gedabak. Budak kecik ni ada darah keturunan parsi ni. OK call cepat siapa yang nak.. RM150 tunaiiiii.