Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

amik lagi sepasang






Helo,ni nak bagitau ni kucen baru amik buat penambahan kat tempat kitaorang..yang putih atas tu jantan yang bawah tu plak betina.Gambar ni amik waktu malam sebab tu nampak tak berapa clear,kalau nak clear meh tengok kat tempat kitaorang.Kucen2 ni kitaorang nak buat induk dan pembaka dan bukan untuk dijual.Kalau nak kena tunggu anak la......sory.....

Friday, April 3, 2009

flat face baru amik






Hehehe kucingku bertambah lagi,baru-baru aku pi amik plak sekor lagi kucing orang jual bukan bagi tau.Kucing betina aku nak buat ibu tapi tak kawin-kawin lagi mungkin tak biasa ngan tempat ni lagi kot ataupun line tak clear kot.Jadi dengan kehadiran kucing ni bermakna bertambah la bini incik porter.Kepeda mereka yang membaca atau melawati blog ni doakan lah kebahagian mereka(bukan senang madu 6 mereka ni)ok

Wednesday, March 25, 2009

male bob tail for sale









Alahaiii...... Dua tiga kucing belari,
Mana nak sama sikucing belang,
Kucingku ini bukan senang nak cari,
Bukan belang cuma ekor tak panjang. cewahhhhh!!!!
Tanam pisang rapat-rapat,
Agar puyuh tak dapat lari,
Ekor pendek bukannya cacat,
Terima saja ketentuan ilahi. humangaih....
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Warna kelabu tentulah jantan,
Ada siapa yang mahu???
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Murah saja mampu dibayar,
Siap boleh nego lagi.
Gunung daik bercabang tiga,
Anak kambing mati tertambat,
Harga murah RM450 sahaja,
Cepat-cepat jangan terlambat.
Untuk makluman kucing dua ekor kelabu ni berumur 5bulan jangan marah aaaaaaaaa....

Tuesday, March 24, 2009

open for sale












Fuuuyyoooooohhhh....awek cun ni beb,baru lepas SPM ni.Mendapat keputusan cemerlang dalam 18 matapelajaran.Oleh kerana kecemerlangan saudari kita ni maka dia telah diterima untuk melanjutkan pembelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran.Tapi yang sedihnya saya sebagai waris yang paling dekat tidak mampu menyediakan kelengkapan kolejnya.Al maklumlah saya ni cuma kerja ambil upah panjat kelapa je,mana la mampu nak beli barang-barang saudari kita ni.Jadi dengan itu terpaksalah saya mencari keluarga yang lebih baik dan berada bagi menampung kos pembelajarannya yang tinggi.Jadi harga saudari ni RM500(untuk proses menukarkan binti)masih bisa nego bah.


Monday, March 23, 2009

sold


Yang ni cek mek klate,kecek utaro dok panda royak klate jugok sey.Tapi yang ni dah jual dah kat abang saya sendiri la.Anak sedara saya tu menyibuk,orang nak bela dia pun nak bela tapi makanan tak reti beli sebat aku punya.Hai pening kepala den....

new cats for sale-sold









hai...sapa tak kenal sivaji the boss hero filem tamil ni la dia,hensem, tampan, kacak,dah banyak award yang dah dirangkol olehnya.Umur dia 4bulan lebih, kaler oren, jantan la jugak
yang ni pun.Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong,pujaan sang gadis zaman sekarang.Manja dan aktif serta romantik,mana nak carik dah la ni.Tapi satu ja kurang,tak semayang,pasai tu la yang saya nak jual ni.Kepada ustazah mahupun ustaz elok bebenor le amik die ni,ajor kan skit agame kat die ni.Harap rope je elok prangai ntah hape-hape.Hantor sekoloh pondok lari balik.Kepada mereka yang mempunyai daya keimanan yang tinggi dan berminat dengan savaji ni harga die RM600 (termasuk yuran sekolah pondok yang dia lari)tapi macam biasa la masih bisa nego k

Friday, March 20, 2009

ThE FaMiLy



ish ish ish.....dok melepak ja keja depa ni.Ni la kucing yang dok melahirkan zuriat kat tempat kami.Yang putih tu adalah sang suami yang juga pengikut ayah pin kerajaan langit,sebab tu bini dia lima.Tu pun ada hati lagi dok habaq kat saya nak tambah lagi.Dia tak tau aku ni pun bini satu ja,ada kaaa patuuutt.....

2 Ekor Hitam Manis







Semalam ada kawan kitorang yang nak pencen membela kucing. Jadik dia pon offer kat kitorang sapasang kembar kucing lelaki dan perempuan. Namun kembar hitam manis ni dengan rasminya telah mendapat keluarga yang baru tapi sempat transit kat rumah kami sekejap. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua.
Nota tambahan:
Pembeli minat kat kucing yang lain pulak jadi tak jadi ambik diorang ni, ambik yang lain. So diorang ni masih dibuka untuk jualan. Ok?





Tuesday, March 17, 2009

Member baru - For Sale RM150-sold

Hi u all. Been sometime since my last update on the blog. We have new additional member to the family. Cute kan? Tapi kitorang dah tak mampu nak menyara ni. Jadi sesapa yang berminat buleh la beli si kecik ni, nanti duit dia buleh kitorang pakai sara yang lain tu. Gitu lah adanya... mahai ooo nak bela kucing ni. Kitorang bela tak main2.. semua sihat gedabak. Budak kecik ni ada darah keturunan parsi ni. OK call cepat siapa yang nak.. RM150 tunaiiiii.





Friday, February 27, 2009

Makcik Belly











Makcik ni nama penuh ialah Belly. Pendek jer nama penuh dia. Beliau ni boleh tahan jugak bergetah. Anak makcik Belly ni semua manjadi, tapi lupa daratan. Diorang tak pernah balik kampung jenguk ibu mereka. Sehinggakan makcik Belly pon tak tau dimana diorang tinggal, kerja apa, dah makan ke belum, hatta nama depa pon makcik Belly kurang pasti. Anak-anak makcik Belly ni semua materialistik. Pantang orang tunjuk duit lebih sket, depa semua pakat dok pi ikut teruih tak balik2 lagi.. tu dia nak habaq kat hangpa.

Encik Porter







Nama brader ni ialah encik Porter. Beliau adalah keturunan Parsi (Persian) tetapi telah berhijrah ke Malaysia dan hidup seperti melayu belacan. Namun kehenseman beliau tetaap mantain. Disebabkan kehenseman beliau, ramai gadis, janda mahupon isteri kucing lain ingin berdampingan dengan baliau dan melakukan onar. Maka anak-anak beliau bersepah samaada didalm nikah atau diluar nikah. Untuk menutup malu daripada orang kampung akibat muka diconteng arang, maka tuan punya kucing ini pon mengambil keputusan menjual anak2 beliau... sekian terimakasih.

Kucing2 ku yang handsome











Ini beberapa gambar2 kucing2 ku tengah posing maut. Kalau korang pandai kucing cuba teka, mana satu jenis maincoon, mana satu persian, mana satu himalayan dan mana satu kucing rojak? Sapa dapat jawab boleh jadik profesor kucing... Diorang ni semua tengah bersedih sebab anak2 diorang semua dah kena borong. Haaa sapa suruh hang pa beli?




Kucing Untuk Dijual 03





Breed: Hilmalayan

Age: 1 year 6 months

Gender: Female

Condition: Pregnant

Color: Not sure.. see urself

Price: RM1000 - SOLD!


Breed: Mixed Persian
Age: 1 year 7 months
Gender: Female
Color: Grey + litlle bit of orange
Price: RM800 negotiable

Kucing Untuk Di Jual 01 - SOLD.







Breed: Mixed Persian SOLD
Age: 6 months
Price: RM500 negotiable
Color: Grey
Gender: Female