Showing posts with label For Sale. Show all posts
Showing posts with label For Sale. Show all posts

Friday, May 15, 2009

Gejala sosial









TUNGGU.....

Wednesday, March 25, 2009

male bob tail for sale









Alahaiii...... Dua tiga kucing belari,
Mana nak sama sikucing belang,
Kucingku ini bukan senang nak cari,
Bukan belang cuma ekor tak panjang. cewahhhhh!!!!
Tanam pisang rapat-rapat,
Agar puyuh tak dapat lari,
Ekor pendek bukannya cacat,
Terima saja ketentuan ilahi. humangaih....
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Warna kelabu tentulah jantan,
Ada siapa yang mahu???
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Murah saja mampu dibayar,
Siap boleh nego lagi.
Gunung daik bercabang tiga,
Anak kambing mati tertambat,
Harga murah RM450 sahaja,
Cepat-cepat jangan terlambat.
Untuk makluman kucing dua ekor kelabu ni berumur 5bulan jangan marah aaaaaaaaa....

Tuesday, March 24, 2009

open for sale












Fuuuyyoooooohhhh....awek cun ni beb,baru lepas SPM ni.Mendapat keputusan cemerlang dalam 18 matapelajaran.Oleh kerana kecemerlangan saudari kita ni maka dia telah diterima untuk melanjutkan pembelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran.Tapi yang sedihnya saya sebagai waris yang paling dekat tidak mampu menyediakan kelengkapan kolejnya.Al maklumlah saya ni cuma kerja ambil upah panjat kelapa je,mana la mampu nak beli barang-barang saudari kita ni.Jadi dengan itu terpaksalah saya mencari keluarga yang lebih baik dan berada bagi menampung kos pembelajarannya yang tinggi.Jadi harga saudari ni RM500(untuk proses menukarkan binti)masih bisa nego bah.


Friday, March 20, 2009

2 Ekor Hitam Manis







Semalam ada kawan kitorang yang nak pencen membela kucing. Jadik dia pon offer kat kitorang sapasang kembar kucing lelaki dan perempuan. Namun kembar hitam manis ni dengan rasminya telah mendapat keluarga yang baru tapi sempat transit kat rumah kami sekejap. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua.
Nota tambahan:
Pembeli minat kat kucing yang lain pulak jadi tak jadi ambik diorang ni, ambik yang lain. So diorang ni masih dibuka untuk jualan. Ok?