Friday, March 20, 2009

Proses Make Over - Future sale-sold





Kami telah berjaya menyelamatkan seorang kucing yang huduh kerana tidak dijaga ketrampilannya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keadaan beliau agak menyedihkan kerana ada kurap, rambut mengerbang, mata kuyu dan sebagainya. Walaubagaimanapon kami telah menjalankan proses make over untuk menukarkan beliau kepada rupa paras yang pheewwiitt. Beliau telah dibawa ke doktor untuk proses suntikan cacing, kurap, fungus, antibiotik dan sebagainya. Seterus di beri makanan yang berzat dan mahal agar tumbesaran beliau menjadi lebih mantap. Proses ini masih berjalan dan hari ni dah masuk bulan kedua beliau didalam pemantauan kami. Nampaknya beliau dah semakin hensem dan dijangkakan tak lama lagi akan ada ramai peminat yang nak masyuk line. Haaa tu ler kerja kami.. jadi kepada sesiapa yang menganggap kami ni nak carik untung semata-mata, hangpa jangan dok buat leceh...
Tapi kepada siapa yang dah mula minat tuu.. tungguu ler dia ni hensem dan sihat sepenuhnya. Sebab kami hanya lepaskan kucing2 yang betul2 mantap jer, tapi buleh start book ler.

1 comment:

  1. boleh tahu harga berapa ?
    berminat sangat .
    sila minat queenshira@gmail.com

    ReplyDelete