Wednesday, May 20, 2009

Polisi Jualan Haiwan Peliharaan

Semua bakal pembeli perlu membaca dan meneliti polisi jualan berikut bagi mengelak salah faham yang mungkin timbul di masa hadapan. Kami berpendapat adalah lebih elok berterus-terang di peringkat awal, daripada bersalah sangka di kemudian hari. Polisi ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2009.

1. Semua jualan adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan. Pihak kami memastikan kesemua haiwan adalah didalam keadaan sihat sepenuhnya sebelum dijual kepada pembeli. Namun jika keadaan kesihatan atau perlakuan haiwan tersebut merosot setelah jualan maka pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas perubahan tersebut. Perubahan tersebut boleh disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul oleh pembeli, perubahan persekitaran, pemakanan, tekanan dan sebagainya. Namun jika pihak pembeli dapat membuktikan melalui pengesahan pihak vet bahawa masalah haiwan berpunca dari pihak kami, kami sedia memulangkan kembali wang pembelian.

2. Jika pihak pembeli menghadapi masalah dengan haiwan dan berputus asa untuk memelihara haiwan tersebut, pihak kami sedia menerima kembali haiwan tersebut namun wang pembeli tidak akan dikembalikan.

3. Terdapat jenis-jenis haiwan yang hanya boleh dijual setelah mencapai had umur tertentu sahaja disebabkan proses tumbesaran yang memerlukan penjagaan yang rapi dan penyusuan susu ibu. Jika pihak pembeli berminat, maka pihak pembeli boleh menempah anak-anak haiwan tersebut disertakan setengah dari bayaran penuh sebagai jaminan tempahan.

4. Wang jaminan tempahan tidak akan dikembalikan. Namun jika berlaku kemalangan kepada haiwan tersebut semasa didalam penjagaan pihak kami, haiwan anda akan digantikan dengan haiwan yang lain yang sama tahap kualitinya. Tempoh penggantian bergantung kepada adanya haiwan gantian.

5. Pihak pembeli digalakkan mengambiltahu hal-ehwal berkaitan pemeliharaan haiwan yang hendak dipelihara bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari dan mungkin menyiksa haiwan peliharaan tersebut.

6. Selain dari yang tertera didalam polisi, segala masalah yang dihadapi boleh diselesaikan melalui perbincangan dan budi bicara.

Harap maklum,
msibfe.

No comments:

Post a Comment