Tuesday, April 28, 2009

Penerangan kepada yang berminat untuk menilai.

Petikan dari forum bicarajutawan.com:

Salam.Saya yang bertanggungjawab keatas posting 'contoh kandang arnab kaya dan miskin' di kucing2ku.blogspot.com. Blog tersebut adalah kepunyaan adik saya msibfe, sekali-sekala saya menyumbang posting disitu. Posting yang dijadikan isu itu adalah posting saya.
Kepada semua yang merasa saya menghina orang miskin melalui posting tersebut, saya dengan rendah diri memohon maaf. Saya masih waras dan bukan tujuan saya menghina orang miskin. Miskin dan kaya itu perkara subjektif. Saya menjemput tuan dan puan menilai sendiri penulisan saya di blog tersebut yang boleh dikatakan keseluruhannya berunsurkan lawak jenaka. Miskin kaya itu bukan merujuk kepada orang tetapi arnab. Namun jika kesilapan saya memilih tajuk dan gurauan serta ayat tajuk itu mesti dipetik, dicanai, diolah dan digoreng demi semua orang disini membenci saya, silakan demi kepuasan hati anda. Anda boleh terus bersuara namun penilaian di tangan pembaca.
Saya tidak berminat untuk perdebatan sia-sia dan mencari musuh. Saya juga jarang online kerana saya sibuk bekerja makan gaji. Saya bukan penternak arnab, saya hanya membela segala macam binatang peliharaan termasuk arnab sebagai hobi sejak dari kecil.
Sekian iklan dari penghina orang miskin (macam cerita felem pulak), terimakasih.

P/S: Aku ni masuk kategori miskin ker kaya pon aku tak tau. Aku rasa hidup aku OK jer tak menyusahkan orang. Jadik mampuih la orang nak kata apa pon...

No comments:

Post a Comment